Thursday, December 29, 2011

Hadith 5 - Bidaah


Ummul Mukminin, Ummu Abdillah melaporkan, Aisyah r.a berkata, "Rasulullah s.a.w bersabda, "Siapa yang mengada-adakan dalam urusan agama kami ini yang bukan berasal daripadanya, maka dia tertolak"" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) "Siapa yang melakukan perbuatan ibadah yang bukan urusan agama kami, maka ibadah itu tertolak." (Hadith Riwayat Muslim)

HURAIAN

Bidaah adalam perkara yang diada-adakan dalam agama. Menurut asy-Syatibi, bidaah adalam mengadakan cara baru dalam beragama yang dianggap sebagai sebahagian daripada tuntuan syariah. Hal itu dilaksanakan dengan maksud supaya penganutnya mantap dalam beribadah kepada Allah.

Hadith ini adalah kaedah agung antara kaedah-kaedah agama dan sebahagian daripada jawami'ul kalim (singkat tetapi penuh makna) yang dianugerahkan Allah kepada Rasulullah s.a.w. Secara tegas dan jelas, hadith ini menolak setiap perbuatan yang diada-adakan dalam soal agama. Perkataan radd dalam hadith ini bererti mardud. Rasulullah bersabda, "Yang bukan urusan (agama) kami" maksudnya adalah tidak berdasarkan hukum dan perintah kami.

Menurut Syeikh Abdurrahman as-Sa'di, hadith ini menunjukkan makna tekstual (manthuq) dan kontekstual (mafhum). Secara tekstual, hadith ini menunjukkan, segala amal perbuatan yang diada-adakan dalam urusan agama yang tidak ada dasarnya dalam al-Quran mahupun sunnah akan ditolak. Bidaah mungkin dalam bentuk perkataan atau fahaman seperti fahaman Jahmiyah, Rafidhah, Mu'tazilah ataupun berbentuk bidaah-bidaah amaliah seperti melakukan bidaah yang tidak disyariatkan oleh Allah ataupun rasul-Nya.

Manakala makna kontekstual hadith ini adalah, siapa sahaja yang melakukan amalan berdasarkan ajaran Allah dan rasul-Nya sama ada yang wajib, sunat mahupun mustahab, amalannya diterima Allah dan diberikan balasan oleh-Nya.

Hadith ini juga mengandungi petunjuk bahawa setiap bentuk ibadah yang dilakukan dengan cara yang terlarang, ibadah itu dianggap rosak kerana tidak berdasarkan perintah syariat. Padahal larangan itu mengandungi konsekuentsi kerosakan. Meskipun tetap dilakukan, ia hanya sia-sia dan tidak membuahkan pahala.

Ibnu Daquq al-'Id menyebut, "Hadith ini semestinya mendapat perhatian lebih dengan cara menghafal, menyebarkanluaskan dan menggynakannya bagi menumpaskan semua bentuk kemungkaran. Ini kerana hadith ini mencakupi semua itu. Adapun perkara-perkara yang merupakan cabang daripada persoalan dasar (usul), yang tidak terkeluar daripada sunnah tidak tercakup dalam hadith ini. Misalnya mazhab yang berasalkan daripada pandangan baik para fuqaha mujtahidin yang mengembalikan perkara-perkara cabang kepada usul (dasar), yang tidak lain adalah kata-kata Rasulullah s.a.w. Juga karya-karya para ulama' yang berkenaan dengan ilmu nahu, faraid dan seumpamanya yang merujuk kepada kata-kata Rasulullah s.a.w dan perintah baginda. Maka, semua itu tidak termasuk dalam kategori yang dimaksudkan hadith ini."

Penting untuk kita ketahui bahawa dalam amalan, yang dinilai bukan kuantiti atau kualiti, tetapi sejauh mana keselarasan dan kesesuaian dengan petunjuk Allah dan rasul-Nya. Meskipun amalan baik kita banyak dan melimpah, tetapi jika tidak bersumberkan perintah syarak, semua sia-sia belaka. Demikian pula, meskipun banyak amalan baik yang kita lakukan, melimpah dan bersumberkan daripada perintah syarak, tetapi tatacara perlaksanaannya tidak sesuai dengan ketentuan syariat, maka ia tidak akan membuahkan pahala.

Oleh sebab itu, dalam hal ini para ulama' memberikan beberapa rumusan seperti "Pada dasarnya, ibadah itu haram kecuali yang diperintahkan," dan "Sederhana dalam beribadah itu lebih baik daripada bersungguh-sungguh dalam bidaah."

Ditambah lagi, jika kita amati, para pelaku bidaah lebih sukar untuk bertaubat berbanding pelaku maksiat. Ini kerana, mereka berasa benar dalam amalan bidaah itu. Sedangkan mengada-adakan sesuatu dalam agama sama sahaja dengan menuduh Rasulullah s.a.w berdusta dalam menyampaikan risalah-Nya. Ya Allah, cukupkanlah kami dengan syariat-Mu dan jauhkan kami daripada bidaah.

PENGAJARAN
  • Setiap ibadah yang tidak bersandarkan pada dalil syar'ie ditolak oleh Allah.
  • Islam adalah agama yang berdasarkan 'ittiba' (berdasarkan dalil) bukan "ibtida' (mengada-adakan sesuatu tanpa dalil) dan Rasulullah s.a.w berusaha menjaganya daripada sikap berlebih-lebihan dan mengada-ada.
  • Agama Islam adalah agama yang sempurna dan tidak ada kekurangannya.

Petikan daripada "Syarah Hadis 40 Imam Nawawi" oleh Fahrur Muis dan Muhamad Suhadi

Monday, October 10, 2011

Sarang Bit



geudael bomyeon eolguri ppalgaejigo
geudael bomyeon gaseumi dugeundugeun
aicheoreom sujupge malhago
geudael bomyeon gwaensiri useumi na
babocheoreom jakkuman geurae
ama naege sarangi on geon gabwa

geudaeneun nae maeum sogui President
nae gaseumui byeol sunochi
I’m genie for you girl nae sumeul meotge haji
geudaega wonhaneun geon da neoreul saranghanikka
nae sarange iyuneun eobtjanha you know

geudaeneun Darling
bam haneul byeolbitboda areumdawoyo
nae mamsok gipeun goseseo banjjakgeorineun
namanui sarang bit

geudaereul saranghaeyo Darling
eonjena nae gyeoteseo bicheullae jwoyo
maeil bam barabogo barabwado areumdawoyo
geudaen naui sarang bit

geudael bomyeon gureumeul naneun gibun
yuchihaedo jakkuman geurae
ama naege sarangi on geon gabwa

geudaeneun Darling
bam haneul byeolbitboda areumdawoyo
nae mamsok gipeun goseseo banjjakgeorineun
namanui sarang bit

geudaereul saranghaeyo Darling
eonjena nae gyeoteseo bicheul naejwoyo
maeil bam barabogo barabwado areumdawoyo
geudaen naui sarang bit

geudaeneun Lovely
jeo haneul haessalboda nuni busyeoyo
nae mamsok eodun gotkkaji barkge bichuneun
namanui sarang bit

geudaereul saranghaeyo Lovely
du nuneul gamabwado geudae boyeoyo
ireoke barabogo barabwado nuni busyeoyo
geudaen naui sarang bit

==================================================================

when i look at you my face gets red
when i see you my heart goes thump thump
i talk with shyness like a kid
when i look at you i just smile out of nowhere
like a fool I keep doing that
I think love came to me

You’re the president of my heart
You’re my chests’ star embroider
I’m Genie for you girl
You make me stop breathing
whatever you want
because i love you
There’s no reason for my love you know

you’re a darling
you’re more beautiful than the stars above in the night sky
the shining thing deep inside my heart
my own love light

i love you darling
give me light next to me whenever
every night i look at you
and you’re beautiful even when i look at you
you’re my love light

when i see you i feel like im up on the clouds
it may be immature but i keep doing this
i tihnk love came to me

you’re a darling
you’re more beautiful than the stars above in the night sky
the shining thing deep inside my heart
my very own love light

i love you darling
give me light next to me whenever
every night i look at you
and you’re beautiful even when i look at you
you’re my love light

you’re lovely
you’re more blinding than the sunlight up in that sky
you shine the dark places inside my heart
my own love light

i love you lovely
even if i close my eyes i see you
looking at you like this
you’re still blinding even when i see you
you’re my love light


Sunday, October 2, 2011

Hadith 19 - Penjagaan dan Pertolongan Allah (part two)

Sambungan dari Hadith 19 - Penjagaan dan Pertolongan Allah (part one)

Kelima: Sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul bagi mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikit pun kecuali apa yang Allah tetapkan bagimu.

Seluruh makhluk yang ada di alam semesta ini, mulai yang pertama hingga yang terakhir, jika mereka semua bersatu bagi memberi manfaat kepada kita, mereka tidak mampu memberi manfaat sedikit pun kepada kita kecuali dengan sesuatu yang memang Allah tetapkan kepada kita. Beranjak dari sini, kita mesti yakin bahawa manfaat yang manusia perolehi, pada hakikatnya berasal daripada Allah. Tidak ada seorang makhluk pun yang mampu memberi manfaat atau mudarat kepada kita kecuali dengan sesuatu yang Allah tetapkan kepada diri kita.

Keenam: Jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu, pasti mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang Allah tetapkan bagimu.

Kata-kata ini semakin mengukuhkan keyakinan kita bahawa jika kita mendapat mudarat daripada seseorang, pada hakikatnya perkara itu memang ditetapkan oleh Allah. Kita harus redha pada Qada' dan Qadar Allah. Tidak ada seorang pun di alam semesta ini yang mampu memberi mudarat kepada seseorang kecuali dengan sesuatu yang Allah tetapkan kepadanya.


Ketujuh: Pena diangkat dan lembaran sudah kering.

Maksudnya, apa yang ditetapkan Allah sudah selesai. Pena diangkat dan lembaran-lembaran menjadi kering. Tidak ada ganti terhadap kalimat yang Allah tetapkan.

Menurut rekod lain selain at-Tirmizi, juga disebutkan bahawa barang siapa yang melaksanakan hak-hak Allah dalam keadaan lapang dan berasa cukup, Allah dan memenuhi keperluannya pada waktu sulit dan susah. Namun, pada umumnya jiwa manusia cenderung sebaliknya iaitu menunaikan hak-hak Allah pada saat susah dan mengabaikan pada saat bahagia dan lapang. Tabiat ini bertentangan dengan Islam dan ia sepatutnya kita tinggalkan.

Hadith ini juga mengingatkan kepada kita tentang ketetapan takdir. Apa sahaja yang ditetapkan Allah menimpa kita, ia tidak akan luput daripada diri kita dan pasti menimpa kita kerana Allah sudah takdirkan perkara itu. Sebaliknya, apa sahaja yang Allah tetapkan akan luput daripada kita, pasti akan diluputkan Allah daripada diri kita sehingga ia tidak menimpa kita. Intinya, segala urusan makhluk itu berada di tangan Allah. Oleh itu, tidak ada tempat bersandar bagi kita selain kepada-Nya.

Baginda Rasulullah s.a.w, "Ketahuilah bahawa kemenangan bersama kesabaran." Satu kaedah penting yang patut kita fahami bersama. Hadith ini memotivasi kita supaya bersabar. Sesiapa yang ingin meraih kemenangan, dia mesti bersabar. Sudah menjadi sunnatullah, sebelum seorang mencapai kejayaan, pasti akan mendapat ujian dan cubaan, Emas tidak akan bersinar dan berkilau sebelum dibakar di atas bara api.

Pemimpin mesti bersabar dalam membimbing dan mengarahkan anak buahnya. Seorang guru mesti bersabar dalam mendidik dan mengajar murid-muridnya. Begitu juga, kaum muslimin mesti bersabar dalam rangka menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Tambahan pula, memperjuangkan agama Allah pada akhir zaman seperti ini bagaikan memegang bara api. Jika kita lepaskan, maka akan padam dan jika kita teguh menggenggamnya, maka kita merasakan kehangatannya. Itu yang membuat kita mesti tetap sabar kerana kemenangan bagi agama ini sudah dijanjikan oleh Allah dan rasul-Nya.

"Jalan keluar itu bersama kesusahan dan kesulitan bersama kemudahan." Ertinya, di sebalik kesusahan pasti ada jalan keluarnya dan di sebalik kesulitan pasti ada kemudahan. Kita perlu selalu bertaqwa kepada Allah kerana sesiapa sahaja yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan memberinya jalan keluar pada setiap masalahnya dan memudahkan urusannya. Ini selaras dengan firman Allah,
"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan), sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
(Surah al-Insyirah: 5-6)

Jangan mudah berputus asa. Mari kita kuatkan semangat, tabahkan hati dan tingkatkan iman kerana beratnya ujian adalah petanda dekatnya pertolongan Allah.

Itulah wasiat agung yang disampaikan Rasulullah s.a.w kepada Ibnu Abbas. Meskipun pada masa itu usia Ibnu Abbas masih kecil, tetapi baginda melihat Ibnu Abbas telah layak menerima wasiat agung ini. Lalu, bagaimana dengan kita?

Saturday, October 1, 2011

Hadith 19 - Penjagaan dan Pertolongan Allah (part one)

Abu Al-Abbas Abdullah bin Abbas r.a melapotkan, "Suatu hari, saya berada di belakang Rasulullah s.a.w dan baginda bersabda, 'Waha anakanda, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara; jagalah Allah, pasti dia akan berada di hadapanmu. Jika kamu meminta, mitalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang Allah telah tetapkan bagimu dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu, pasti mereka tidak dapat mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.'"
(Hadith Hasan sahih yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi)
Selain daripada at-Tirmizi, ada yang turut merekodkan, "Jagalah Allah, pasti engkau akan mendapatkan-Nya dihadapanmu. Kenalilah Allah pada waktu lapang, pasti Dia mengenalimu pada waktu susah. Ketahuilah, apa yang ditetapkan luput daripadamu, tidak akan menimpamu dan apa yang ditetapkan akan menimpamu, tidak akan luput daripadamu. Ketahuilah, kemenangan bersama kesabaran dan jalan keluar itu bersama kesusahan dan kesulitan bersama kemudahan."

HURAIAN


Sebagaian ulama' mengatakan, "Saya merenungkan hadith ini sehingga membuat saya terkejut dan hampir pengsan. Mustahil jika ada orang yang tidak mengetahui hadith ini dan kurang memahami maknanya." Hadith ini mengandungi tujuh wasiat agung yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w kepada Ibnu Abbas r.a dan seluruh kaum Muslimin. Antara wasiatnya adalah:

Pertama: Jagalah Allah, pasti Dia akan menjagamu

Kata-kata ini menganjurkan kepada kita supaya menjaga perintah-perintah Allah, melaksanakannya dan menjauhi larangan-larangan-Nya. Jika kita lakukan semua itu, pasti Dia akan menjaga kita sama ada di dunia ataupun di akhirat. Sebaliknya, jika kita tidak mahu menjaga Allah, kita tidak berhak mendapat penjagaan-Nya. Hadith ini memotivasi kita supaya selalu menjaga batasan-batasan Allah. Perlu diketahui bahawa segala musibah dan bencana yang menimpa hamba, asalnya disebabkan oleh perbuatan manusia yang meninggalkan perintah-perintah Allah dan menentang larangan-larangan-Nya. Allah berfirman,
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa)."
(Surah asy-Syura: 30)
Dalam riwayat lain baginda bersabda, "Kenalilah Allah pada waktu lapang, pasti Dia akan mengenalimu pada waktu susah."
Allah menegaskan dalam al-Quran bahawa amal soleh memberi manfaat kepada dengan menolong hambanya ketika dalam keadaan susah. Sebaliknya, perbuatan dosa dan maksiat menyebabkan perlakunya ditimpa kesempitan. Allah berfirman ketika menceritakan perihal Nabi Yunus a.s.
"Kalau saja dia tidak termasuk orang-orang yang bertasbih, nescaya dia akan tetap tinggal di perut ikan hingga hari kebangkitan."
(Surah as-Saffat: 143-144)

Kedua: Jagalah Allah, pasti Dia selalu berada di hadapanmu

Maksud 'jagalah Allah' sama seperti yang disebutkan sebelum ini, Erti 'pasti Dia akan selalu berada di hadapanmu' adalah engkau akan menemukan-Nya di hadapanmu. Allah memberikan petunjuk kepada setiap kebaikan dan membawa kita untuk dekat kepada-Nya. Inilah yang akan kita dapat jika kita laksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Al-Quran menyatakan, jika kita menolong agama ALlah, Allah akan menolong dan meneguhkan kedudukan kita. Allah berfirman,
"Wahai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
(Surah Muhammad: 7)
Ketiga: Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah

Ini adalah isyarat bahawa kita tidak boleh menyandarkan persoalan kita kepada selain Allah. Kita mesti bertawakkal kepada-Nya dalam segala urusan. Hanya Allah tempat kita mengadu pada saat kita menghadapi masalah. Kita tidak boleh meminta sesuatu pun daripada makhluk lain.

Memohon hidayah, ilmu, kesembuhan daripada penyakit dan keselamatan daripada bencana tidak dapat dipenuhi oleh manusia. Hanya Allah tempat kita bermohon dan meminta pertolongan.

Keperluan yang berkaitan dengan manusia seperti memohon jawatan, pekerjaan dan pemerintahan, kita tidak sekadar perlu memohon kepada manusia sahaja tetapi juga perlu bantuan Allah. Kita perlu memohon kepada Allah agar melenturkan hati mereka kepada kita.

Andaikan kita ditakdirkan meminta kepada makhluk mengenai perkara yang kita tidak mampu melakukannya, maka ia hanyalah sebagai sebab atau cara sahaja, tidak lebih dari itu. Allah yang menciptakan sebab itu, maka hanya Allah satu-satunya tempat kita bersandar dan berserah diri.

Keempat: Jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah

Rasulullah s.a.w berpesan kepada Ibnu Abbas dan kita semua supaya tidak meminta pertolongan selain kepada Allah. Hanya Allah yang memegang kekuasaan di seluruh kerajaan langit dan di bumi. Jika kita meminta kepada Allah dengan hati yang ikhlas dan murni seta hanya pasrah kepada-Nya, maka Dia akan menolong kita. Jika kita terpaksa meminta pertolongan kepada makhluk lain yang berkaitan, kita mestilah yakin bahawa orang itu hanya sebagai penyebab. Pada hakikatnya, Allah yang mengatur dan membuatkan orang itu mampu melakukannya.

Sambungan huraian hadith di Hadith 19 - Penjagaan dan Pertolongan Allah (part two)

Petikan daripada "Syarah Hadis 40 Imam Nawawi" oleh Fahrur Muis dan Muhamad Suhadi

Saturday, September 24, 2011

Pemerintah Tidak Berhak Menghalalkan yang Haram

Ummu Salamah menceritakan bahawa Rasulullah keluar daripada rumahnya dan menemui sekumplan lelaki sedang bertengkar dengan suara yang kuat. Lalu Rasulullah s.a.w berkata kepada mereka:
"Kamu semua mengadukan perkara ini kepada saya sedangkan saya hanya seorang manusia biasa. Mungkin sebahagian kamu lebih bijak mengemukakan hujahnya daripada pihak yang satu lagi. Sedangkan saya memutuskan hukum berdasarkan apa yang saya dengar. Siapa yang saya tetapkan keputusan agar dia merampas sebahagian daripada hak saudaranya, jangan kamu mengambilnya. Kerana saya akan memotong baginya sepotong api neraka."
(Direkodkan oleh an-Nasai, Muslim, al-Bukhari, Ahmad dan at-Tirmizi)


Dalam isu yang sama Ibnu Umar melaporkan Rasulullah berkata:
"Siapa yang mengubah peraturan-peraturan Allah bererti dia menentang Allah. Siapa yang bermusuhan atas perkara yang salah sedangkan dia mengetahui hukumnya, dia sentiasa berada dalam kemurkaan Allah sehingga berhenti bermusuhan."

"Siapa yang menuduh orang beriman dengan tuduhan palsu, Allah akan menempatkannya di dalam lumpur penghuni neraka sehingga dia menarik semula tuduhannya. Siapa menolong musuh yang melakukan kezaliman, dia mendapat kemurkaan Allah."
INTISARI KHUTBAH
  • Peraturan yang ditetapkan oleh Allah tidak boleh diubah oleh siapa sahaja pemimpin.
  • Dalam perundangan Islam, terdapat hukum bersifat mktamad (qatie) yang tidak boleh diubah. Sementara terdapat juga hukum tidak muktamad yang berubah berdasarkan kaedah hukum tertentu.
  • Hakim menjatuhkan hukum berdasarkan bukti dan saksi yang dikemukakan sahaja tanpa ada prejudis kepada pendakwa atau pembela.
  • Pendakwa atau pembela yang berbohong atau mengemukakan bukti atau saksi palsu dalam penghakiman tetap berdosa dan mendapat laknat Allah walaupun keputusan hakim berpihak kepadanya.
  • Siapa pun tidak boleh menghalalkan apa yang Allah haramkan, atau mengharamkan apa yang Allah halalkan.
  • Allah marah terhadap orang yang saling bermusuhan dalam dosa dan maksiat.
  • Allah mengecam perbuatan memfitnah orang yang beriman dan menempatkan mereka di dalam neraka.
  • Fitnah dan mengadu domba adalah kesalahan yang berat kerana ia boleh menjatuhkan maruah orang beriman serta ahli keluarga serta mereka yang berada di sekelilingnya. Ia boleh meruntuhkan rumah tangga, memecah belahkan keluarga dan memutuskan persaudaraan orang yang difitnah.
  • Orang yang memfitnah orang beriman dengan perkara yang tidak benar perlu bertaubat dengan menarik balik tuuhannya dan membersihkan nama bak orang yang dituduh. Dia juga perlu meminta maaf orang yang terlibat.
Petikan dari buku "Khutbah Rasulullah - Wasiat Agung Buat Umat Tercinta" oleh Rahidzir Rais

Wednesday, September 21, 2011

Kisah Imam Abu Hanifah dan Orang-Orang Khawarij

Kisah ini menceritakan tentang Imam Abu Hanifah ketika ia berada di puncak kesempurnaan Ilmu fikihnya, di mana ia telah memiliki segalanya, dimana di antara beliau dan orang-orang Khawarij yang mengkafirkan orang-orang yang melakukan peruatan dosa, maka sesungguhnya ia telah meriwayatkan bahawa telah datang kelompok yang berasal dari bereka, dan mereka berkata kepada Abu Hanifah:
kedua jenazah ini sedang berada di depan pintu masjid, salah seorang jenazah tersebut adalah mayat orang yang mati dalam keadaan mabuk meminum Khamar, sementara seorang lagi jenazah seorang wanita yang membunuh diri kerana ia yakin telah mengandung anak dari hasil perbuatan zina.

Lalu terjadi dialog berikut di antara mereka:

Abu Hanifah: Apa agama dan keyakinan mereka berdua? Apakah mereka merupakan orang yang beriman kepada ajaran agama Yahudi?

Orang Khawarij: tidak.

Abu Hanifah: Apakah mereka merupakan orang yang beriman kepada ajaran agama mereka?

Orang Khawarij: tidak.

Abu Hanifah: Apakah mereka merupakan orang yang beriman kepada ajaran agama Majusi?

Orang Khawarij: tidak.

Abu Hanifah: Ajaran apakah yang mereka yakini?

Orang Khawarij: dari agama yang meyakini bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya.

Abu Hanifah: katakanlah kepadaku bahawa kesaksian ini merupakan 1/3 atau 1/5 dari iman mereka.

Orang Khawarij: Sesungguhnya iman tidak boleh dibahagi-bahagi kepada 1/3 atau 1/5.

Abu Hanifah: lalu berapakah kadar keimanannya?

Orang Khawarij: Seluruhnya secara sempurna.

Abu Hanifah: apa yang menjadi permasalahan yang kalian tanyakan tentang dua orang yang telah beriman kepada Allah dan menjadi dua orang mukmin seperti yang telah kalian katakan?

Orang Khawarij: adapun pertanyaan kami adalah "apakah mereka menjadi penghuni neraka atau penghuni syurga?"

Abu Hanifah kemudiannya berkata:

Jika ini yang kalian tanyakan maka aku akan membacakan apa yang dikatakan Nabi Ibrahim a.s terhadap orang yang melakukan kesalahan besar:


"Barang siapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya ia akan bersamaku, barang siapa yang mengkhianati dan melakukan maksiat kepadaku, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih"
(surah Ibrahim: 36)

Aku akan menjawab sebagaimana yang dikatakan Nabi Isa a.s kepada kaum yang melakukan kesalahan besar, sebagaimana yagn digambarkan Allah dalam firman-Nya:

"Jika Engkau menyeksa mereka, Maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
(Surah Al-Maidah:118)

Aku akan memberikan jawapan sebagaimana yang diberikan Nabi Nuh a.s:

"Mereka berkata: "Apakah kami akan beriman kepadamu padahal yang mengikuti kamu ialah orang-orang yang hina?" Nuh menjawab: "Bagaimana Aku mengetahui apa yang telah mereka kerjakan? Perhitungan (amal perbuatan) mereka tidak lain hanyalah kepada Tuhanku, kalau kamu menyedari. Dan Aku tidak sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang beriman. Aku (ini) tidak lain melainkan pemberi peringatan yang menjelaskan". Mereka berkata: "Sesungguhnya jika kamu tidak (mahu) berhenti Hai Nuh, nescaya benar-benar kamu akan termasuk orang-orang yang direjam."
(Surah asy-Syu'araa: 111-116)


Aku akan menjawab sebagaimana Nabi Nuh a.s:

"Dan aku tidak pernah berkata kepada kamu: di sisiku ada perbendaharaan Allah, dan tidaklah aku mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan aku tidak mengatakan bahawa aku ini malaikat; dan aku juga tidak berkata terhadap orang-orang yang beriman yang kamu pandang hina itu, bahawa Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam hati mereka. Sesungguhnya aku jika bertindak demikian, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang zalim". (Surah Hud: 31)
Ketika orang-orang Khawarij mendengar jawapan ini, mereka langsung menurunkan senjata yang mereka acungkan untuk menebas Abu Hanifah.

Tuesday, September 20, 2011

Wasiat Rasulullah s.a.w kepada Seorang Lelaki

Umaimah berkata, dia pernah menyediakan air wudhuk Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba datang seorang lelaki seraya berkata, "Berikan saya wasiat"
Baginda berkata,
"Jangan engkau menyekutukan sesuatu pun dengan Allah, meskipun engkau akan dipotong dan dibakar api. Janganlah menderhakai kedua orang tuamu, meski mereka berdua menyuruh kamu meninggalkan keluarga dan duniamu. Jangan sekali-kali engkau minum arak, kerana arak adalah kunci segala keburukan. Jangan meninggalkan solat fardu dengan sengaja. Siapa yang melakukannya, maka dia telah terlepas dari janji Allah dan Rasul-Nya. Jangan sekali-kali melarikan diri dari medan pertempuran. Siapa yang melakukannya, maka dia kembali dengan membawa kemurkaan Allah dan tempatnya adalah neraka Jahannam, tempat kembali yang paling buruk. Jangan melebihkan batas tanahmu. Siapa yang melakukan hal itu, maka dia datang pada hari Kiamat, sedang dibahunya adalah tanah sebanyak tujuh bidang tanah. Berikan nafkah dari hartamu, janganlah engkau mengangkat tongkatmu terhadap mereka dan buat mereka takut kepada Allah."
(Direkodkan oleh at-Tabrani)

Intisari Khutbah
Wasiat Rasulullah:
  • Tidak menyembah selain daripada Allah dan tidak menyekutukannya dengan sebarang benda.
  • Mempertahankan akidah tauhid lebih utama daripada memelihara nyawa. Orang yang terbunuh kerana mempertahankan agama adalah syahid.
  • Jangan menderhaka kepada kedua orang tua.
  • Wajib memenuhi permintaan kedua orang tua walaupun kemahuannya melanggar kepentingan diri sendiri.
  • Memelihara solat fardhu dan tidak meninggalkannya dengan sengaja.
  • Tidak melarikan diri dari medan perperangan.
  • Allah melaknat orang yang penakut dan pengecut.
    melarikan diri dari medan peperangan adalah dosa besar yang hanya layak dihumban ke neraka Jahannam.
  • Jangan melampaui batas dalam mengukur tanah sehingga memakan tanah orang lain.
  • Memberikan nafkah kepada tanggungan daripada harta yang dikumpulkan. Jangan mengelak daripada memberikan nafkah kepada mereka yang dibawah jagaan.
  • Tidak mendidik mereka dengan cara yang kasar dan boleh mencederakan fizikal atau menjejaskan mental mereka.
Petikan dari buku "Khutbah Rasulullah - Wasiat Agung Buat Umat Tercinta" oleh Rahidzir Rais

Jangan Jauhi Al-Quran walaupun Pemerintah Menjauhinya



Muaz bin Jabal memberitahu bahawa dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Terima pemberian sekiranya ia adalah hadiah. Tetapi sekiranya ia adalah sogokan bagi melepaskan hutang, jangan kamu menerimanya. Menolak rasuah seperti ini tidak akan menyebabkan kamu miskin atau papa. Ingatlah, roda kehidupan Islam itu sentiasa bergerak. Oleh itu, bergeraklah bersama al-Quran di mana sahaja dunia ini berputar. Ingatlah, al-Quran dan pemerintah sering berpisah, tetapi jangan kamu berpisah daripada al-Quran. Ingat, akan muncul di kalangan kamu pemimpin-pemimpin yang membuat keputusan yang hanya menguntungkan mereka dan tidak menguntungkan kamu. Sekiranya kamu menderhakai mereka, pasti mereka membunuh kamu, dan sekiranya kamu mentaati mereka, kamu akan mereka sesatkan."

Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, apa yang harus kami lakukan ketika itu?"

Rasulullah menjawab,
"Lakukan apa yang pernah dilakukan oleh pengikut Nabi Isa, Putera Mariam. Mereka dibelah dengan gergaji dan disalib pada kayu,. Kematian mereka adalah lebih baik daripada hidup dalam keadaan menderhakai Allah."
(Direkodkan oleh at-Tabari)

Intisari Khutbah
  • Boleh menerima hadiah yang diberikan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
  • Islam mengharamkan sogokan dan rasuah, dan mengecam penjenayah seperti ini,.
  • Rasulullah s.a.w memberi jaminan bahawa seorang itu tidak akan menjadi miskin kerana tidak menerima rasuah.
  • Islam mencela pemberi dan penerima rasuah.
  • Rasuah bukan jalan bagi mencapai kejayaan.
  • Amalan rasuah yang berleluasa boleh melumpuhkan kekuatan sebuah negara dan menjahanamkan rakyat.
  • Al-Quran perlu dijadikan panduan dalam setiap aspek kehidupan.
  • Ramai pemerintah dan pemimpin meninggalkan ajaran al-Quran kerana tidak memberikan keuntungan peribadi kepada mereka.
  • Pemimpin yang jahat hanya akan memanipulasikan beberapa ayat al-Quran bagi memenuhi keinginan mereka. Contohnya, rakyat diwajibkan membayar zakat, tetapi menolak pelaksanaan hukum jenayah Islam.
  • Pemimpin yang jahat adalah mereka yang membuat keputusan yang menguntungkan diri sendiri walaupun ia merugikan rakyat.
  • Pemimpin yang zalim akan menyakiti rakyat yang enggan tunduk kepada arahannya.
  • Rakyat yang mengikut segala kejahatan dan kezaliman pemimpin mereka akan hidup dalam kesesatan.
Petikan dari buku "Khutbah Rasulullah - Wasiat Agung Buat Umat Tercinta" oleh Rahidzir Rais

Monday, September 19, 2011

Hadith 16 - Jangan Marah



Abu Hurairah r.a melaporkan, seseorang bertanya kepada Rasululllah s.a.w, "Wahai Rasulullah, nasihatilah saya." Baginda bersabda, "Jangan marah." Orang itu menanyakan hal itu berkali-kali. Baginda menyebut, "Jangan marah."
(Hadith Riwayat Bukhari)

HURAIAN
Hadith ini termasuk salah satu daripada empat hadith yang menjadi tempat rujukan etika yang baik, sebagaimana ditegaskan oleh Imam Abu Muhammad bin Abu Zaid.

Islam mengajar kepada umatnya supaya berakhlak mulia, santun, malu, tawadhu' dan cinta kepada manusia. Marah menghimpun segala bentuk keburukan. Oleh itu, jika kita mampu menahan amarah bererti kita meninggalkan keburukan. Jika kita meninggalkan keburukan, kita mendapat segala kebaikan.

Bertitik tolak dari itu,
Rasulullah s.a.w bersabda, "Siapa yang mampu menahan marahnya, padahal dia sanggup untuk melepaskannya, maka kelak Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan segala makhluk sehingga dia diberi hak untuk memilih bidadari yang disukainya."
(Hadith Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Orang yang pemarah adalah orang yang berjiwa lemah dan rapuh, manakala orang yang mampu menahan marah adalah orang yang berjiwa dan kukuh. Ikuran kuat dan lemahnya seseorang tidak dilihat daripada kemampuannya dalam memukul ataupun menendang, tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menahan hawa nafsu ketika sedang marah. Sabda Rasulullah s.a.w,

"Orang kuat bukan
lah orang yang mampu memukul lawannya. Tetapi orang yang kuat adalah orang yang mampu mengekang hawa nafsunya ketika sedang marah."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Lelaki yang meminta wasiat daripada nabi dalam hadith ini menjangkakan bahawa wasiat Rasulullah ini bersifat individu sedangkan dia sebenarnya menginginkan agar nabi memberi nasihat secara menyeluruh. Oleh sebab itu, dia mengulangi permintaannya. Ketika Baginda mengulangi wasiat yang sama, dia mengetahui bahawa sebenarnya wasiat ini bersifat menyeluruh. Pesan Rasulullah s.a.w, "Jangan marah" mengandungi dua makna penting:

Pertama, perintah berusaha dan melatih diri untuk berakhlak baik iaitu sabar dan menahan diri atas tindakan buruk yang dilakukan orang lain.

Kedua, perintah untuk tidak melepaskan amarah. Sifat marah biasanya memang tidak dapat dihindari, tetapi lebih baik jika tidak melepaskannya. Oleh itu, ketika marah kita wajib menahan diri untuk tidak mengucapkan kata-kata atau melakukan perbuatan yang diharamkan oleh Allah.

Kekuatan hamba Allah terletak pada kemampuannya dalam menahan diri daripada gejolak syahwat, luahan emosi, marah dan pengaruh-pengaruh buruk yang lain. Sebaik-baik manusia adalahorang yang syahwat dan hawa nafsunya mengikuti aturan Islam. Dia mempergunakan marah dan kekuatannya untuk membela kebenaran dan mengalahkan kebatilan. Sebaliknya, seburuk-buruk manusia adalah orang yang dikalahkan dan dikendalikan oleh nafsu dan marahnya.

Namun, ada kemarahan yang dibolehkan malah terpuji iaitu kemarahan yang timbul kerana Allah, ketika larangan-larangan Allah dilanggar. Marah seperti ini adalah buah daripada keimanan. Siapa sahaja yang tidak marah dalam keadaan seperti ini, perlu ditanyakan keimanannya.

Rasulullah adalah individu yang tidak pernah marah kecuali ketika Baginda melihat larangan-larangan Allah dilanggar. Aisyah r.a berkata, "Rasulullah tidak pernah sekali pun memukul sesuatu atau seseorang dengan tangannya, tidak juga seorang wanita ataupun pelayan kecuali pada saat berjihad di jalan Allah. Baginda tidak pernah berasa dendam kerana disakiti lalu membalas kepada orang yang menyakitinya. Kecuali jika hal itu adalah perlanggaran terhadap larangan Allah. Rasulullah membalas kerana Allah semata-mata"
(Hadith Riwayat Muslim)

Kemarahan yang terpuji adalah marah ketika Rasulullah s.a.w dihina, al-Quran dicemarkan dan sejarah nabi kita diselewengkan dan diputar belitkan. Dalam keadaan seperti ini adalah wajar kaum Muslimin marah, malah itu sikap yang terpuji. Akan tetapi mereka mestilah tetap memerhatikan etika-etika yang baik, tidak melontarkan kata-kata yang diharamkan dan tidak melakukan kerosakan.

Selain itu, Rasulullah s.a.w juga memberikan beberapa teknik menahan marah khususnya marah yang tidak baik. Cara yang eprtama adalah dengan berwudhu'. Manakala cara yang kedua adalah dengan duduk atau jika masih marah ubahlah kepada posisi baring.

Petikan daripada "Syarah Hadis 40 Imam Nawawi" oleh Fahrur Muis dan Muhamad Suhadi

Tuesday, September 13, 2011

Hadith 11 - Meninggalkan Perkara yang Meragukan


Abu Muhammad al-Hasan bin Ali bin Abi Talib, cucu kesayangan Rasulullah s.a.w melaporkan, "Saya menghafal daripada kata-kata Rasulullah s.a.w, "Tinggalkanlah apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan.""
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

HURAIAN
Hadith yang diriwayatkan oleh cucu Rasulullah ini memerintahkan kepada kita supaya meninggalkan apa sahaja yang meragukan sama ada perkataan atau perbuatan dan beralih menuju kepada sesuatu yang tidak meragukan. Pengertian ini kembali kepada erti hatidh keenam, "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar)."

Para ulama terdahulu atau salafus soleh bersungguh-sungguh dalam meninggalkan yang meragukan dan mengambil yang meyakinkan. Abu Abdurrahman al-Umari menyatakan, "Jika seorang hamba bersikap wara'. tentu dia meninggalkan hal yang meragukan menuju yang tidak meragukan." Hassan bin Abi Sinan juga menyatakan, "Wara' yang paling ringan adalah jika ada sesuatu yang meragukanmu, maka tinggalkanlah."

Bermula dari ini, para ulama' fekah membuat kaedah yang berbunyi,
"Yang yakin tidak dapat dihilangkan dengan yang meragukan."
Kaedah fekah ini menjelaskan, jika ada pertembungan antara yang meragukan dan yang meyakinkan, kita harus mengambil yang meyakinkan dan berpaling daripada yang meragukan. Contohnya seseorang yakin dia telah berwudhuk, kemudian dia ragu-ragu sama ada masih dalam keadaan berwudhuk ataupun batal. Dalam keadaan seperti ini, dia dipandang sebagai orang yang berada dalam keadaan suci dengan wudhuknya. Dalil kaedah ini adalah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah, Baginda bersabda,
"Apabila seorang antara kalian mendapati sesuatu di dalam perutnya sehingga dia menjadi ragu apakah keluar angin daripada perutnya atau tidak, maka janganlah dia keluar dari masjid sehingga dia mendengar bunyi atau mencium bau."
(Hadith Riwayat Muslim)

Ayat ini menganjurkan kita supaya bersandar pada keyakinan dalam membuat keputusan dan urusan hidup. Ini kerana, keyakinan akan mendatangkan ketenangan, sedangkan keraguan menyebabkan kecemasan dan kegelisahan. Allah berfirman,
"Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (Wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; Oleh itu, jangan sekali-kali Engkau termasuk dalam golongan orang yang ragu-ragu."
(Surah al-Baqarah: 147)

Menurut Asy-Syaukani, ayat ini ditujukan kepada Rasulullah s.a.w. Namun, sebagai umatnya kita juga diperintahkan untuk tidak menjadi orang yang ragu-ragu kerana keraguan sering kali membuat jiwa kita goncang, mengalami tekanan dan was-was. Maka selayaknya kita mengambil yang yakin dan membuang yang meragukan. Sekali lagi, tinggalkan semua yang meragukan, baik yang berkenaan dengan perkara dunia mahupun akhiratnya dan beralihlah pada sesuatu yang tidak meragukan.

Mengapa? Kerana perkara yang halal sudah jelas dan yang haram juga jelas, baik itu berupa perintah mahupun larangan. Maka, kerjakanlah perintah yang jelas itu dan jauhilah larangan yang jelas itu. Adapun hal-hal yang masih meragukan, maka tinggalkanlah. Semoga Allah menjauhkan kita daripada sikap ragu-ragu dan mengalihkan kita pada sesuatu yang meyakinkan.

PENGAJARAN
  • Meninggalkan yang syubhah dan mengambil yang halal melahirkan sikap warak.
  • Jika keraguan bertentangan dengan keyakinan, ambillah keyakinan.
  • Perkara mesti jelas berdasarkan keyakinan dan ketenangan. Tidak ada harganya keraguan dan kebimbangan.
  • Berhati-hati daripada sikap memandang rendah terhadap urusan agama dan masalah bidaah.
  • Siapa yang membiasakan perkara syubhah, dia akan berani melakukan perbuatan yang haram.
Petikan daripada "Syarah Hadis 40 Imam Nawawi" oleh Fahrur Muis dan Muhamad Suhadi

Hadith 22 - Jalan Menuju Syurga



Abdullah Jabir bin Abdullah Al-Anshary r.a melaporkan, "Seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w, 'Bagaimana pendapatmu jika saya melaksanakan solat yang wajib, berpuasa Ramadhan, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram dan saya tidak menambah sedikit pun, apakah saya akan masuk syurga?' Baginda bersabda, 'Ya.'"

HURAIAN
Orang yang bertanya dalam hadith ini adalah an-Nukman bin Qauqal, sebagaimana dilaskan Imam Muslim dalam kitabnya Sahih. Dia bertanya Rasulullah, "Bolehkah saya masuk syurga jika saya menunaikan solat fardhu lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram tanpa mengurangi atau menambahkan sedikit pun?" Baginda menjawab, "Ya." Kita mungkin bertanya-tanya mengapa dalam hadith tadi tidak disebutkan haji ataupun zakat sedangkan kedua-duanya juga termasuk dalam rukun Islam?

Jawapannya dapat dilihat daripada dua pandangan. Pertama, ini sudah merangkumi dalam perkataan an-Nukman, "Dan mengharamkan yang haram." Kerana, meninggalkan meninggalkan haji bagi yang sudah mampu adalah haram." Kerana, meninggalkan haji bagi yang sudah mampu adalah haram, begitu juga enggan membayar zakat. Kedua, berkenan dengan ibadah haji, barangkali pertanyaan ini dilontarkan sebelum disyariatkan kewajipan haji, Berkenaan dengan zakat, barangkali Rasulullah s.a.w mengetahui betul bahawa kondisi an-Nukman sedang fakir dan tidak termasuk orang yang berkewajipan membayar zakat. Oleh sebab itu, baginda berbicara kepadanya sesuai dengan keadaannya.

Hadith ini memberi pengertian kepada kita bahawa secara umum kita diperbolehkan meninggalkan amalan tathawwu' (hukumnya sunat). Siapa yang meninggalkan sama sekali, dia hilang keuntungan yang besar dan pahala yang agung. Meninggalkan ibadah-ibadah sunnah secara berterusan dapat merosakkan keadilan seseorang.

Dalam riawayat Muslim yang lain, disebutkan ada seorang yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai solat, lalu Baginda menjawab bahawa solat itu lima kali dalam sehari semalam. Orang itu bertanya lagi:

"Apakah masih ada lagi?" "Tidak, kecuali apabila kamu melakukan solat tathawwu' (sunat)," jawab Baginda. Orang itu kemudian bertanya lagi perihal puasa, haji dan syariat-syariat lainnya. Lalu, Baginda memberikan jawapannya kepada orang itu, Orang itu juga mengatakan, "Demi Allah, aku tidak akan menambahkan atau mengurangkan hal ini sedikit pun." Rasulullah s.a.w bersabda, "Beruntunglah dia jika memang benar demikian."
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Daripada huraian ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa sesiap yang memelihara kewajipan-kewajipan, melaksanakannya tepat waktu dan tanpa sedikit pun menambah atau menguranginya, ia adalah orang yang beruntung dan berjaya. Siapa yang menunaikan kewajipan lalu mengiringinya dengan amalan sunat, maka orang itu adalah beruntung lagi.

Semoga Allah sentiasa memberikan taufik kepada kita semua bagi melaksanakan semua kewajipan lalu mengiringinya dengan amalan-amalan sunat sehingga dapat membawa kita menuju syurgaNya. Biar kita menjadi orang yang taat kerana jika kita sudah sibuk dengan ketaatan, kita tidak akan sempat memikirkan kemaksiatan.

PENGAJARAN
  • Setiap muslim dituntut untuk bertanya kepada ulama tentang syariat Islam, kewajipannya dan apa yang dihalalkan dan diharamkan baginya jika hal itu tidak diketahuinya.
  • Halal dan haram adalah peraturan syariat, tidak ada yang berhak menentukannya kecuali Allah.
  • Amal soleh adalah sebab masuknya seseorang ke dalam syurga.
  • Keinginan dan perhatian yang besar daripada para sahabat serta kerinduan mereka terhadap syurga serta usaha mereka dalam mencari jalan untuk sampai ke sana.
Petikan daripada "Syarah Hadis 40 Imam Nawawi" oleh Fahrur Muis dan Muhamad Suhadi

Monday, September 12, 2011

Jawapan kepada persoalan perangai masyarakat kita hari ini..

20 tahun dahulu Pak Pandir menyanyikan lagu ni.. waktu tu aku masih kecik, sket pun tak faham ape benda yang Pak Pandir ni dok cakap, tapi selepas 20 tahun, dengar balik.. barulah aku faham, rupanya penuh dengan yang tersurat dan tersirat..

Jom sama-sama kita hayati..

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang.

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah.

Yg remeh dan yg temeh
Berlegar di sekeliling mu
Yg remeh dan yg temeh
Berlegar di sekeliling mu.

Buatlah, buatlah tak tahu
Tepuklah, tepuklah tanganmu.

Rela jadi tunggul rela patung
Tunggu di lelong
Suruh angguk, angguk
Suruh geleng, geleng.

Oh puji lah aku
Ampunlah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak.

Yg remeh dan yg temeh
Berlegar di sekeliling mu
Yg remeh dan yg temeh
Berlegar di sekeliling mu.

Sunday, September 11, 2011

Cubalah Bersikap Sabar Dengan Perangai Isteri


Diceritakan bahawa ada seorang datang ke rumah Khalifah Umar Al-Khattab untuk mengadukan perangai buruk isterinya. Apabila orang itu tiba di pintu rumah Khalifah, tiba-tiba dia terdengar isteri Khalifah sedang mengangkat suara mengatakan nista Khalifah sedangkan Khalifah hanya berdiam diri sahaja, tidak menjawab sepatah pun.

Maka orang itu pun tidak jadi hendak mengadu, malah tergesa-gesa hendak kembali meninggalkan rumah Khalifah, maka dengan tidak semena-mena dia dipanggil oleh Khalifah Umar seraya bertanya kepadanya: "Apakah hajatmu datang ke mari?"
Jawabnya: "Tidak ada apa-apa wahai Amirul Mukminin."
Tanya Khalifah Umar: "Mengapa datang kalau tidak ada apa-apa?"
Kata orang itu lagi: "Sebenarnya saya datang ini untuk mengadukan kelakuan buruk isteri saya, wahai Amirul Mukminin. Tetapi tiba-tiba saya mendapati tuan hamba juga mengalami nasib yang sama seperti saya."

Berkata Khalifah Umar:
"Wahai saudaraku! Aku terpaksa menanggung semua itu kerana aku terhutang budi kepadanya. Dia telah memasak makananku, membuat roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusukan anakku, padahal semua itu tidak wajib atasnya. Dan dia juga menjadi tempat kemesraanku, di mana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung daripada melakukan yang haram. Bagaiman dapat aku menentangnya, jadi aku hanya bersabar dan memekakkan telinga saja."
Kata orang itu pula: "Saya juga menanggung nasib yang sama seperti tuan hamba juga, wahai Amirul Mukminin!"

Maka berkata Amirul Mukminin Lagi:
"Wahai saudaraku! Bersabarlah atas kelakuan isterimu itu."

Doa Menghilangkan Rasa Takut atau Tidak Sedap Hati:
"aku berlindung dengan Kalimat Tuhan Yang Maha Sempurna daripada syaitan yang menggoda dan dari mata yang menyeramkan"

Firman Allah s.w.t:
"Wahai orang-orang beriman! Minta pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat. Kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"
(Surah Al-Baqarah: 153)
"Katakanlah (wahai Muhammad akan firmanKu ini, Kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat)"
(Surah Al-Zumar: 10)

Friday, September 9, 2011

Hadith 9 - Beban Kesusahan Sesuai dengan Kemampuan


Abu Hurairah Abdurrahman bin Sakhr r.a melaporkan, "Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, 'Apa yang aku larang hendaklah kalian menghindarinya dan apa yang aku perintahkan maka hendaklah kalian laksanakan semampu kalian. Sesungguhnya kehancuran orang sebelum kalian adalah kerana banyak pertanyaan mereka (yang tidak berguna) dan penentangan mereka terhadap nabi-nabi mereka.'" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

HURAIAN

Hadith ini muncul kerana satu sebab, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata. "Rasulullah s.a.w pernah berkhutbah kepada kami, 'Wahai manusia, Allah telah mewajibkan haji kepada kalian, maka tunaikanlah haji.' Seorang lelaki bertanya, 'Apakah setiap tahun, wahai Rasulullah?' Rasulullah diam sehingga lelaki itu mengulangi pertanyaan sebanyak tiga kali, maka Rasulullah s.a.w bersabda, 'Kalaulah saya jawab, 'Ya' maka tentu haji itu wajib setiap tahun, lalu akhirnya kalian tidak mampu melaksanakannya.' Selanjutnya baginda bersabda, 'Janganlah kalian tanyakan apa yang tidak aku sebutkan, kerana celakanya orang sebelum kalian adalah kerana mereka banyak bertanya dan mereka tidak mematuhi para nabi mereka. Apabila aku perintahkan sesuatu kepada kalian maka laksanakanlah menurut kemampuan kalian. Dan apabila aku melarang kalian daripada sesuatu, makan tinggalkanlah."
(HR Muslim)


Ada keterangan yang menyebutkan, orang yang bertanya tadi adalah al-Aqra' bin Habis r.a. Ibnu Majah meriwayatkan dalam Sunannya daripada Ibnu Abbas r.a, "Sesungguhnya Aqra' bin Habis pernah bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, apakah haji itu diwajibkan setiap tahun?" Baginda menjawab, "Sekali seumur hidup. Barangsiapa yang mampu, maka dia melakukan yang sunnah." (HR Abu Daud)

Peristiwa ini berlaku semasa Haji Wada' ketika Rasulullah sedang berkhutbah untuk menjelaskan kepada manusia tentang persoalan agama dan mengajarkan tentang ibada-ibadah yang fardhu dalam Islam.

Kata Rasulullah, "Apa yang aku larang hendaklah kalian menghindarinya.." Menurut Imam Nawawi, kata0kata ini memerintahkan kita supaya menjauhi larangan syariat secara total, sekecil apa pun bentuk larangan itu kita tidak boleh melakukannya. Kaitannya dengan hal ini ada baiknya kita kupas sedikit bahawa larangan itu memiliki dua erti:

Pertama, larangan yang bersifat pengharaman (nahyut tahrim) termasuk di dalamnya larangan yang terkandung dalam hadith ini. Contoh lain seperti larangan zina, riba', mencuri wang, makan harta anak yatim dan sebagainya. Siapa sahaja yang melanggar larangan ini meskipun hanya sedikit, ia akan dihukum sebagaimana yang ditetapkan oleh syariat.

Kedua, larangan yang bersifat makruh (nahyul makruh). Ertinya Allah melarang sesuatu, tetapi terdapat dalil lain yang menunjukkan larangan itu bersifat makruh dan bukan bersifat haram. Atau tidak diharamkan bagi orang mukallaf untuk melakukan larangan tersebut dan jika dikerjakan, dia tidak dihukum. Contohnya makan bawang putih dan bawang merah mentah bagi otang yang menunaikan solat Jumaat atau solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Dan apa yang aku perintahkan maka hendaklah kalian laksanakan semampu kalian." Ini termasuk kaedah penting dalam agama Islam. Ia mencakupi hukum yang tidak terhitung banyaknya termasuk hukum yang berkaitan dengan solat. Contohnya seseorang tidak mampu melaksanakan sebahagian daripada ruku solat atau syarat solat kerana uzur yang bersifat syar'i, maka cukup baginya melaksanakan bahagian yang dia sanggupi. Masalah-masalah seperti seperti ini cukup popular dan diterangkan dalam kitab-kitab fekah.

Hadith ini seiring dengan firman Allah s.w.t,

"Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu."
(Surah at-Taghabun: 16)
Ayat ini menjelaskan, kita diperintahkan supaya bertaqwa sesuai dengan kemampuan kita kerana Allah tidak pernah membebankan sesuatu kecuali dengan kemampuan dan kesanggupan kita.
Firman Allah,
"wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa...."
(Surah Ali Imran: 102)
Terdapat dua pendapat yang mengulas ayat ini.

Pertama, sebahagian ulama' berpendapat ayat ini mansukh (dihapus hukumnya).

Kedua, sebahagian ulama' lain berpendapat, ayat ini tidak mansukh. Bahkan ayat dalam surah at-Taghaabun tadi mentafsirkan dan menjelaskan ayat dalam surah Ali Imran ini. Inilah pendapat yang lebih kuat. Mereka menambah, "Yang dimaksudkan dengan taqwa yang sebenar adalah menunaikan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Sedangkan Allah tidak pernah memerintahkan sesuatu kecuali sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan manusia.

Seterusnya Allah berfirman,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah al-Baqarah: 286)
"Sesungguhnya kehancuran orang-orang sebelum kalian adalah kerana banyaknya pertanyaan mereka (yang tidak berguna) dan penentangan mereka terhadap nabi-nabi mereka."
Hadith Nabi ini menjelaskan bahawa kehancuran umat disebabkan oleh dua perkara. Pertama, banyak bertanya dan mengada-ada dalam pertanyaan. Kedua, berselisih dalam soal agama dan menyalahi risalah yang dibawa oleh nabi mereka. Secara umum, Rasulullah s.a.w melarang para sahabat untuk banyak bertanya kerana tiga alasan:
  • Dikhuatiri pertanyaan itu menyebabkan kewajipan menjadi berat.
  • Menyumbat jalan supaya mereka tidak mengada-ada dalam pertanyaan.
  • Mencegah mereka supaya tidak meberat-beratkan diri sendiri dan sibuk dengan sesuatu yang tidak ada manfaatnya.
Berkaitan dengan hal ini, ada tiga jenis hukum dalam pertanyaan:

Pertama, wajib. Iaitu pertanyaan orang yang tidak mengetahui kewajipan-kewajipan agama seperti wudhuk, solat, puasa dan seumpamanya. Allah berfirman:

"...maka bertanyalah kamu kepada ahluz zikri (orang yang berilmu) jika kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Anbiyaa':7)
Rasulullah s.a.w turut bersabda, "Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim dan muslimah." Memang kita tidak boleh banyak bertanya, tetapi kita juga tidak boleh menutup mulut daripada menanyakan kewajipan-kewajipan agama yang kita dituntut untuk mengetahuinya.

Kedua, fardhu kifayah. Iaitu pertanyaan-pertanyaan dengan tujuan memperdalamkan dan memperluaskan pengetahuan dalam bidang agama dan yang berkait dengannya. Ini tidak semata-mata untuk diamalkan, tetapi juga bertujuan menjaga agama Allah. Pertanyaan-pertanyaan jenis ini tidak wajib bagi setiap muslim, tetapi hanya bagi sebahagian orang sahaja.

Rujukan dari firman Allah,
"...Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama."
(Surah at-Taubah: 122)
Ayat ini mengandungi pengertian bahawa tidak patut bagi kaum muslimin keluar semuanya untuk berjihad. Hendaklah ada sekelompok yang mengkaji ilmu, bertanya tentangnya dan mendalami agama Allah supaya mereka menjadi pengajar dan pembimbing umat selepas mereka kembali daripada jihad.

Ketiga, haram. Iaitu pertanyaan-pertanyaan yang tidak diwajibkan oleh Allah atas seseorang dan tidak pula diwajibkan ke atas yang lain. Inilah jenis pertanyaan yang dimaksudkan oleh hadith di atas. Ini kerana pertanyaan seperti ini sering kali memberatkan dan menyulitkan diri sendiri kerana ia dapat mendatangkan beban baru daripada syarak. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w memberi isyarat dengan bersabda, "Dan Allah mendiamkan sekian banyak hal sebagai bentuk rahmat bagi kalian. Maka janganlah kalian mempersoalkan tentangnya." (Hadith Riwayat ad-Daruqutni (as-Sunan) dan al-Baihaqi (al-Kubra).

Kes ini mirip dengan apa yang menimpa Bani Israel ketika diarahkan kepada mereka, "Sembelihlah seekor lembu!". Mereka bertanya jenis lembu dan warnanya serta pelbagai soalan lain. Sedangkan sekiranya mereka melaksanakan sahaja perintah ini dengan segera menyembelih seekor lembu yang ada, pasti mereka tidak akan terjerumus dalam persoalan yang sulit dan berat. Itu semua disebabkan oleh sikap mereka sendiri yang banyak bertanya sehingga memberatkan diri mereka sendiri serta mengundang celaan Allah. Bertitik tolak daripada kisah ini, Rasulullah s.a.w melarang kita daripada banyak bertanya kerana Baginda khuatir kejadian yang menimpa Bani Israel menimpa kita.

Sebab kedua yang membawa kehancuran umat adalah berselisih dalam soal agama dan risalah yang dibawa oleh nabi mereka. Ini termasuk faktor terbesar yang memecahbelahkan umat dan mencerai-beraikan persatuannya. Rasulullah. s.a.w memerintahkan kita untuk mengkaji al-Quran, memahami maknanya dan mengamalkan perintahnya.

Apabila muncul benih perbezaan dan menyebabkan terjadinya perselisihan, baginda memerintahkan kita supaya berdiri tegak dan meninggalkannya agar hati tetap bersih dan fikiran tetap jernih, sehingga kita merujuk kepada al-Quran dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Berkenaan dengan masalah ini Baginda menyebut, "Sesungguhnya kebinasaan umat-umat terdahulu adalah kerana mereka berselisih dalam agama mereka dan berselisih dengan apa yang dibawa oleh nabi mereka."

Oleh itu, kewajipan kita sebagai orang mukmin adalah untuk melaksanakan perintah Allah dan menauhi larangan-Nya serta menjauhkan diri kita daripada dua faktor yang menyebabkan hancurnya umat sebelum kita. Laksanakanlah perintah dengan baik dan jauhilah larangan dengan ikhlas kerana inti ajaran Islam adalah perintah dan larangan itu sendiri. Menjauhi itu lebih mudah daripada melaksanakan kerana semuanya memang dapat ditinggalkan secara total.

Sementara itu, sesuatu yang diperintahkan bererti pelaksanaan dan kadangkala pelaksanaan sesuatu yang memberatkan manusia. Maka, Allah membatasinya dengan semampu kita iaitu menurut batas maksimum kemampuan kita yang diukur dengan ukuran iman dan bukan munafik. Inat, semampu kita bukan semahu kita.

Petikan daripada "Syarah Hadis 40 Imam Nawawi" oleh Fahrur Muis dan Muhamad Suhadi

Monday, August 15, 2011

Nur bukan sekadar nama panggilan..


Bismillahirrahmanirrahim..

Ada satu soalan yang baik untuk kita fikirkan.. Sudah lama soalan ini ditanya, kita orang melayu sudah tentu tahu tentang soalan ini.. Tipu kalau tak tau, sepuk muka kamu.. hehe
"Dimana letaknya kekuatan laksamana Hang Tuah, pada kerisnya atau tenaganya?"
Soalan yang baik, bunyinya bersahaja tapi kalau tak terjawab akibatnya tergadai negara dan mungkin nyawa ahli nujum negara! hehe

"Kekuatan Hang Tuah bukan pada kerisnya atau tenaganya, tapi pada huruf ta atau t. Mengapa? Kerana jikalau nama Tuah, huruf t di depannya diganti dengan huruf lain misalannya b, apa yang jadi? Jadilah hang buah, dan sebagainya, maka hilanglah keperkasaannya."
Namun begitu, entry kali ini bukan bertujuan untuk membicarakan tentang Nujum Pak Belalang tapi tentang satu nama panggilan yang baik yakni "Nur".. (same goes to Nor, Noor, Nurul dan sebagainya)

Peranan Nama Panggilan

IMAM MALIK dalam kitab Muwatta’ ada merakamkan satu perbualan antara Sayidina Umar dengan seorang lelaki. Siapa namamu? tanya Umar. Namaku Jamrah (bara). Bapamu? Tanya umar lagi. Syihab (anak api). Jawab lelaki itu sepatah. Kamu dari kaum mana? Aku dari kaum al-Harqah (kebakaran), jawab lelaki itu. Di manakah kamu tinggal? Lelaki itu menjawab, aku tinggal di Harratinnar (api yang membakar) iaitu di Zatilazha (nama neraka). Kemudian kata Umar, pulanglah segera ke kampungmu kerana kampungmu sedang terbakar!

Islam melarang menamakan anak atau menamakan diri sendiri dengan nama yang tidak mempunyai maksud yang baik apatah lagi yang tidak memberi citra peribadi kepada umat Islam. Islam melarang nama yang berunsur penyembahan selain Allah Taala seperti nama-nama berhala, nama-nama dewa. Nama tunggal bagi Allah atau nama-nama orang kafir, musyrik dan ahli maksiat juga tersenarai dalam nama-nama yang dilarang. Selain itu nama-nama yang mengandungi maksud yang mengada-ada, bombastik dengan niat bermegah-megah, takbur, taksub dan meninggikan diri daripada orang lain turut ditegah.

Sesungguhnya nama adalah doa. Seorang ibu yang memanggil nama anaknya dengan baik akan menjadi doa kepada anak tersebut. Andai namanya Muhammad (mulia), panggilan itu seolah-olah menjadi doa agar anak itu dimuliakan Tuhan dan memiliki keperibadian yang mulia pula. Maka kerana itu nama mempunyai kaitan rapat dengan keperibadian seseorang. Rasulullah SAW pernah bersabda mengingatkan kita:

“Sesungguhnya sebaik-baik nama kamu adalah yang disandarkan dengan nama Allah, umpamanya Abdullah atau Muhammad.” (Riwayat Muslim)
Sumber: Memaknakan Nama Sebagai Doa

Nur bermakna cahaya.. :)

Sememangnya banyak lagi nama-nama yang baik maknanya dan baik untuk dijadikan panggilan.. tapi biarlah saya petik satu nama yang saya rasa sangat baik dan significant.. Oleh itu, kenapa Nur..?

Di dalam Al-Quran, Allah menggambarkan wajah orang beriman itu bercahaya ketika menuju ke syurga..

"(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar"."(Surah Al-Hadiid: 12)
Dan wajah orang-orang yang ingkar pula seperti ditutupi kepingan-kepingan malam yang gelap (tiada Nur di wajahnya)..
"Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (Surah Yunus: 27)
Namun sekadar mengetahui masih tidak mencukupi.. Mengapa orang beriman itu bercahaya dan yang ingkar pula kehilangan cahaya..? Mari kita renungkan beberapa ayat dari al-Quran dimana Allah menyifatkan bahawa kalimahNya adalah cahaya..

"Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak)." (Surah An-Nisaa': 174)

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah)...." (Surah Al-Maaidah: 44)
"Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi.." (Surah Al-Maaidah: 46)
Sebagaimana yang kita lihat, Allah telah mengibaratkan kalimahNya sebagai cahaya atau nur.. dan Allah telah mengibaratkan nurNya seperti bintang yang bersinar cemerlang menerangi segenap alam semesta..

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang;... " (Surah An-Nur: 35)
Allah telah memberi perumpamaan yang sangat menarik dalam ayat diatas.. Dia mengatakan bahawa hubungan antara Allah dengan makhlukNya adalah seperti hubungan antara Pelita (sumber cahaya) dengan cahayanya. Ertinya makhluk Allah hanya 'pancaran atau pantulan' saja dari kewujudanNya.

Cahaya digambarkan sebagai segala yang baik, sebagai pahala, petunjuk dan tanda rahmatNya.. Oleh itu, nama panggilan Nur adalah sangat baik untuk seorang insan. Kerana panggilan itu doa dan sekiranya sekali sahaja doa dari seseorang itu dimakbulkan Allah, maka pemilik nama itu akan menerima kebaikan dan menjadi pembawa kebaikan kepada yang 'disinari'-nya.. InsyaAllah..

“…dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah Al-A'raaf: 157)

Wallahua'lam..

Bersabar ketika berpuasa..


Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ke-15 berpuasa, wajah-wajah manusia keletihan jelas kelihatan.. Kunjungan manusia ke bazaar Ramadhan hari ini masih seperti biasa, tidak putus tetapi jelas kelihatan perbezaan antara pengunjung yang biasa dilihat.. Ada yang semakin ceria, ada yang tiada perubahan, ada yang semakin bercahaya dan ada pula yang seperti bermurung..

Aku masih seperti biasa, menjalankan rutin harian Ramadhan.. Ke bazaar untuk berniaga.. Beberapa hari kebelakangan ini sangat sibuk, ditambah pula dengan kesibukan hari ini menyebabkan aku sedikit keletihan dan kurang ceria.. Mungkin disebabkan kekurangan senyuman di wajah aku, peristiwa berikut terjadi..

Sekitar pukul 6.15 petang, aku sedang sibuk membungkus kuih di meja gerai.. Dalam kekhusyukan aku, tiba-tiba hadir 2 wanita membawa anak masing-masing.. Membelek-belek kuih di atas meja seperti berhajat untuk membeli, aku pun menyapa..

Aku : Kuih kak..?
Perempuan A: Berapa harga ni?
Aku : Yang besar ni 2 ringgit, yang kecik ni singgit..
Perempuan A: Bagi akak satu.. (sambil terus berpaling dan membelek-belek handbag)

aku terpinga-pinga.. akak ni nak ape? amende yang satu?
Bila dia berpaling kembali..

Aku : akak nak yang singgit ke yang dua ringgit?
Perempuan A: yang ni.. (dengan nada yang agak keras menunjukkan apa yang dia mahu)
Aku : 2 ringgit? jap..

aku capai beg plastik dan terus memasukkan kuih tadi ke dalam plastik.. tanpa aku sedar, plastik tu terkoyak.. tiba-tiba..

Perempuan A: PLASTIK KOYAK DIK!! (dengan nada kasar)
Aku : Allahuakbar, xperasan.. jangan la marah kak.. saya tak perasan..
Perempuan B: sebab kamu tak perasan la kena bagitau!
Aku : Betul kak.. tapi tak perlu berkasar dan tinggi suara dengan saya.. kalau plastik koyak saya boleh tukar.. bukan saya sengaja nak bagi plastik koyak..

Selepas membayar, kedua-duanya terus pergi tanpa berkata sepatah perkataan pun..

Pada awalnya, aku rasa tindakan akak tadi sangat kasar dan tak munasabah.. kenapa perlu tengking aku hanya sebab plastik koyak? Aku pun kerja sepanjang hari juga, puasa juga.. Tapi takda pula aku berkasar dengan orang hanya kerana perkara-perkara kecil..

Waktu berpuasa ni banyak dugaan.. dalam keadaan letih dan lapar, kita memang amat senang marah.. sedikit saja yang tak kena, kita boleh melenting.. Tapi sebagai orang yang berpuasa, kita perlu ingat, puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.. Kita masih perlu menahan amarah..

Al Imam Abu Dawud rahimahullah mengeluarkan hadis secara makna dari sahabat Nabi, bahawa Rasulullah Salallahu alaihi wasallam bersabda : “Tidaklah seorang hamba menahan kemarahan kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala akan memenuhi baginya keamanan dan keimanan.” (HR. Abu Dawud dengan sanad Hasan)
Al Imam Ahmad juga meriwayatkan hadits dari Ibnu Umar, bahwa Rasulullah Salallahu alaihi wasallam bersabda : “Tidaklah hamba meneguk tegukan yang lebih utama di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala, dari meneguk kemarahan kerana mengharap wajah Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (Hadits shahih riwayat Ahmad)
Apa ertinya kita berpuasa dari awal pagi sehingga ke petang jika kita tak dapat menahan kemarahan kita yang begitu kecil.. Di pihak aku, mungkin itu dugaan untuk diri aku juga.. Pada kebiasaannya aku hanya akan mendiamkan diri apabila berlaku perkara seperti itu.. tapi tindakan aku seperti tidak kena pada masa dan tempatnya.. aku tak berfikir keadaan dia yang keletihan, terus saja mengatakan apa yang aku rasakan.. mungkin apa yang aku katakan itu betul, tapi betulkan cara aku..?
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka masing-masing” (riwayat Muslim)
Mungkin pada waktu itu akak tu tak dapat terima cara aku berkata-kata, sehingga 30 minit lepas tu dia lalu lagi dan masih menjeling ke arah aku.. jelas kelihatan kemarahan di raut wajahnya..

Sebagai insan yang terlupa, aku harap keadaan ni tak berlaku lagi.. Jika ditakdirkan Allah perkara yang sama berlaku lagi, maka aku memohon agar aku diberi kekuatan untuk mengendalikan keadaan dengan lebih baik dan semoga akalku sempat mengingati pesanan Rasulullah s.a.w:

Rasulullah Salallahu alaihi wasallam bersabda : “Bukanlah puasa itu sekadar menahan makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu (adalah puasa) dari perbuatan keji dan sia-sia. Apabila ada orang yang mencelamu atau membodohimu maka katakanlah : sesungguhnya aku sedang berpuasa, sesungguhnya aku sedang berpuasa.” (HR. Ibnu Huzaimah dengan sanad shahih)
Wallahua'lam..
written by: Nurul Shafiq Sohaimi (15 Ramadhan 1432)






Saturday, August 13, 2011

Ketika hati dan aqal berkata..


Ketika aku didatangkan musibah..
Seringkali aku duduk termenung..
Cuba mencari jawapan dicelah-celah kata hati dan pemikiran..

Kemudian hatiku bertanya..
Mengapa sebegini berat ujian Allah terhadapku?
Aqal mencelah,



"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Namun aqal juga mempunyai keraguan..
Kelemahan aqalku mula mempersoalkan..
Sekiranya benar aku mampu, bagaimana harus aku hadapinya..?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat 45)


Selang beberapa ketika..
Aqal dan Hati saling mempersoalkan..
Ada pun kami bersabar melalui musibah ini..
Apa pula faedahnya..?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.."
(Surah At-Taubah ayat 111)

"Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Aqal dan hati tidak lengkap tanpa panduan syara'..
Oleh itu sentiasalah bersujud meminta petunjuk dari-Nya :)