Wednesday, February 27, 2013

Alternative Thoughts - University


Ada orang kata, di universiti kita diajar untuk makan gaji.

Ada orang kata itu pembohongan sebab keputusan di tangan sendiri.

Mungkin ramai yang tak sedar tentang variasi gaya dan kemampuan berfikir manusia.

Ke universiti pada asasnya bukan penentu kejayaan manusia, usaha dan ketentuan Allah itu faktor yang lebih utama.

Pada sesetengah orang, mereka ada misi yang tersendiri. Ada yang sejak kecil mengejar cita-cita, umpamanya nak jadi doktor. Kalau tak masuk universiti memang confirm tak boleh jadi doktor.

Asasnya dari sudut kelulusan dan ilmu khas untuk mendapatkan kelayakan untuk berkerjaya tertentu, universiti itu banyak kepentingannya. Begitu juga pada trend masyarakat hari ini, anda tiada kelayakan atau jawatan maka anda tiada suara dan tidak wajar idea anda dipertimbangkan.

Namun pada sudut yang lain, universiti juga dalam sesetengah keadaan mengecilkan skop pandangan manusia terhadap kemampuan diri sendiri. Mahasiswa dibina untuk menjadi pekerja didalam bidang yang diceburinya dan tidak dalam bidang yang lain. Lebih tinggi pengajiannya di dalam sesuatu bidang, lebih terikat dirinya kepada bidang tersebut.


Keterikatan seorang graduan kepada bidangnya bukan saja pada kemampuan bekerja, tetapi juga pada pemikiran dan ego individu itu sendiri. Kesukaran untuk menerima pekerjaan di luar bidang, ketidakpuasan hati untuk menerima pekerjaan yang dianggap tidak setara dengan kelulusan.

Kesan psikologi ini bukan saja terkena kepada yang berjaya di universiti, tetapi juga kepada yang tidak berjaya. Lulusan kelas bawahan dan juga yang tercicir ditengah jalan. Kegagalan memberi suatu calar kepada ego manusia. Bagi seorang yang gagal di universiti, wujud tanggapan yang rendah terhadap diri, inferiority complex dan sebagainya.

Persoalan yang seringkali tidak dipandang adalah dari manakah punca kegagalan itu? Adakah memang kerana mereka tidak mampu? Ya, tetapi pastinya tidak semua.

Sistem universiti masih tidak begitu mesra kepada variasi pemikiran manusia. Percaya atau tidak sebahagian besar mahasiswa dan graduan di universiti adalah YES MAN.

Kalau kemampuan manusia diukur dengan neraca yang salah, maka hasil ukuran pastinya tidak tepat.

Tapi manusia juga buka barang dagangan, anda sendiri berhak.memilih neraca timbangan untuk kemampuan anda.
“Everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid.” - Albert Einstein

Ke universiti satu pilihan, bukan kemestian. Ada keperluan untuk sesetengah pihak, tidak untuk sesetengah yang lain.

Islam memberi perhatian pada setiap aspek kehidupan manusia. Ketaksuban kepada sesuatu bidang, pengecilan skop pemikiran dan ketiadaan usaha itu yang menyusahkan anda. Bukan masuk universiti atau tidak.

Tl;dr - manusia tak sama, jalan kehidupan itu pilihan sendiri.

No comments:

Post a Comment